Biodata Farahiyah Omar

Farahiyah Omar adalah pengasas dan penulis bagi blog farahiyah.com. Beliau telah menulis beberapa blog sejak tahun 2007 seperti hijauzamrud.blogspot, pbssainsonline.blogspot dan cikguzamrud.com sebagai medium perkongsian pengalaman dan bahan bantu mengajar.


Beliau merupakan anak jati Perak dan mendapat pendidikan awal di empat buah sekolah rendah iaitu SK Ayer Tawar, SK Pengkalan Hulu, SRK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan dan SRK Raja Permaisuri Muzwin, Kuala Kangsar. Seterusnya beliau meneruskan persekolahan di SMK Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar. Beliau telah mengikuti Program Matrikulasi KPM di Kolej Yayasan MARA Kota Bharu dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (2003-2007) dalam bidang Sains Dengan Pendidikan.


Perjalanan beliau sebagai seorang pendidik bermula di SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak (2007-2014) sebagai guru Sains, Kimia, Matematik dan ICTL. Beliau juga adalah Guru Pembimbing Pasukan Robotik dan KRS. Selain itu beliau dilantik menjadi Jurulatih Utama PBS Sains Dan Jurulatih Utama KBAT Sains.


Pada Februari 2014, beliau telah beralih ke Bahagian Matrikulasi sebagai Pensyarah Kimia di Kolej Matrikulasi Sarawak, KMSw dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Unit Kimia KMSw. Bermula pada Mei 2016 sehingga 2019, beliau berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kedah sebagai Pensyarah Akademik. Kini, beliau berkhidmat di Kolej Matrikulasi Perak.