Kemenjadian Pelajar Semester 1 2019/2020

 

Kemenjadian pelajar

Alhamdulillah, terima kaşih KMK kerana bagi saya sijil penghargaan min melebihi min BMKPM bagi semester 1 sesi 2019/2020 semasa saya masih lagi mengajar di KMK. Terima kasih juga untuk para pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh untuk score Kimia semasa PSPM 1. Sem 1 sesi 2019/2020 saya mengajar tutoran S5T3, F4T4 dan B2T6. Keputusan PSPM S5T3 adalah terbaik keseluruhan di KMK dengan min 3.70. Daripada 19 orang pelajar, 10 orang mendapat A dan empat orang A-. Min F4T4 2.90 dengan seorang A dan 4 orang A- manakala bagi B2T6 min adalah 3.17 dengan 4 orang A dan 4 orang A- dan merupakan kumpulan tutoran terbaik bagi Modul 3. Syukran.