10 Perkara yang Merosakkan Otak

Pada umumnya otak berwarna kelabu, sedikit warna putih dan juga saluran darah yang berwarna merah. Tetapi, otak yang yang diawet berwarna kelabu kerana kesan bahan pengawet iaitu formaldehida.

Otak manusia terdiri daripada tiga struktur utama iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata.Sereberum terbahagi kepada dua bahagian, hemisfera kanan dan hemisfera kiri. Jika otak kiri anda lebih dominan maka anda cenderung lebih logik dan rasional, jika apabila otak kanan lebih dominan maka anda cenderung lebih kreatif dan emosional.




10 perkara yang boleh menyebabkan otak rosak:


1. Tidak bersarapan pagi
Mereka yang tidak bersarapan pagi memiliki kadar gula dalam darah rendah, yang menyebabkan sumber zat ke otak kurang.


2. Makan berlebihan
Lemak yang berlebihan menybabkan pembuluh darah dalam otak sempit dan mengurangkan keberkesanan fungsi otak.


3. Merokok
Racun' dalam rokok boleh mengganggu otak. Juga boleh menyebabkan penyakit Alzheirmer.


4. Pengambilan gula berlebihan
Glukosa berlebihan menyebabkan penyerapan protein dan zat2 makanan lain terganggu. Ini menyebabkan ketidak-seimbangan zat dalam badan.


5. Pencemaran udara
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam otak. Kekurangan oksigen mengganggu fungsi otak.


6. Kyrang tidur
Otak memerlukan rehat yang cukup untuk untuk memulihkan kemampuannya. Kurang tidur dalam tempoh yg lama boleh merosakkan selsel otak.


7. Tidur menutup muka
Perbuatan ini akan meningkatkan kepekatan karbon dioksida yang kurang baik untuk otak kita.


8. Banyak berfikir ketika sakit
Sakit mengurangkan kemampuan otak. Otak memerlukan masa untuk pemulihan. Kurang berfikir semasa sakit mengelakkan kerosakkan sel otak.


9. Kurang melatih otak
Banyak berfikir secara kreatif dan kritis membantu membina sel2 otak dan meningkatkan keupayaannya.


10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi merupakan salah satu element yang memacu kemampuan otak. Kurang berkomunikasi akan menyebabkan keupyaan intelektual kita berkurang.