Amalan Pemakanan Rasulullah

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”



Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain.

Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.

Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.




Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :

Baginda tidak makan daging bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;


Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan hati, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Semasa waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.

Baginda juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
 “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.”
(Hadis riwayat Huzaifah).