Instrumen B6D2E1 : Pembentangan hasil penulisan “makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:

• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• merancang satu gizi seimbang
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik / memerlukan
• mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.



 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Bagi Instrumen B6D2E1, anda boleh buat penulisan dalam pelbagai bentuk seperti Persembahan Power Point, Folio, Poster dan sebagainya. Saya mencadangkan penulisan dalam bentuk Persembahan Power Point kerana lebih mudah disediakan dan membantu pelajar membuat pembentangan. Tetapi di sini saya berikan contoh susunan bagi folio.

Contoh Susunan:

Muka hadapan:
Nama Sekolah & Logo Sekolah
Tajuk
-MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN (B6D2E1)
Maklumat Kumpulan
-Nama dan nombor kad pengenalan ahli kumpulan, Tingkatan, Tarikh Serahan, Nama Penyemak


Muka surat 2: Isi Kandungan


Muka surat 3: Pengenalan
--> Menyatakan maksud gizi seimbang.
--> Menyenaraikan tujuh kelas makanan dan kepentingan setiap kelas makanan.


Muka surat 4: Kepentingan Makan Makanan Berkhasiat
--> Memastikan pertumbuhan normal
--> Memelihara kesihatan
--> Menghindari penyakit akibat kekurangan nutrien
--> Memelihara perkembangan mental
--> Membekalkan tenaga


Muka surat 5: Mempraktikkan Amalan Pemakanan yang Betul
--> Menerangkan faktor-fartor yang mempengaruhi pengambilan kalori seseorang
--> Menghubungkait Piramid Makanan Dengan Kelas Makanan


Muka surat 6: Merancang satu gizi seimbang
--> Merancang menu harian bagi seorang pelajar/ sebuah keluarga


Muka surat 7:
Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik / memerlukan
--> Menghuraikan kebaikan pengagihan (derma/sumbangan) makanan kepada rakyat di sesebuah negara yang sedang berperang
--> Menghuraikan kebaikan pengagihan (derma/sumbangan) makanan kepada kepada fakir miskan atau pengemis
--> Menghuraikan kesan buruk jika makanan tidak diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik


Muka surat 8:
Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.
--> Menyenaraikan pantang larang/adab semasa makan mengikut kaum dan agama


Muka surat 9: Kesimpulan
--> Mengkonsepsi "Makanan dan Amalan Pemakan"


Muka surat 10: Senarai Rujukan
--> Senarai buku rujukan dan laman web




47 Ulasan

  1. boleh tolong terangkan lebih lanjut tentang mengaitkan adab makan yang menepati sensitivti dan kepercayaan agama?ada sesetengah saya tidak faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila baca post terbaharu...gud luck!

      Padam
    2. boleh beri sedikit huraian beserta contoh tntang adab makan yang menepati sensititiviti dan kepercayaan agama x??

      Padam
    3. btw, for your information.. semua tu dah ada entri baru.. Tapi lai2 lah entri tu.. Kena bukak tab banyak... Just like adab makan penganut budha , Adab makan penganut hindu.. Banyak lagi lah..

      Padam
  2. sya nk contoh pbs nii blh x kt mna nk cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum..
      apakah kesimpulan untuk folio ini
      #minta jelaskan..

      Padam
  3. thanks. sy dh buntu cari isi. rupanya dekat sini je.

    BalasPadam
  4. oh tidak...sy nk sngt maklumat penuh pasal merancang satu gizi seimbang...sy x tau nk tmbh beberapa ayt camner lagi... :/

    BalasPadam
  5. faktor2 yg mempengaruhi pengambilan kalori seseorang dgn faktor2 yang mempengaruhi gizi seimbang tu samer maksud ker tu?harap segera dibalas pertanyaan yer...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ya?thanks a lot yer...hmm ader beberaper soalan lgi yg sya x berapa fhm nie... cam mner nak buat yg mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan dan mengaitkan adab makan yang menepati sensiviti dan kepercayaan agama?

      Padam
    2. adab mkn dh ade dlm entri bln april.

      Padam
    3. hmm maksud sya cara nak buat yg mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan tu cam mner yer?he he he....cuma tinggal yg tu jer sya x thu cam mner...boleh tolong jawabkan?buku sya dah nak hampir nak siap ni...tolong sekali lagi ya....terima kasih

      Padam
  6. boleh admin tunjukkn contoh susunan B6D2E1 dlm format rencana?

    BalasPadam
  7. adakah tajuk ini sama dengan tajuk amalan pemakanan sihat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni adalah instrumen B6D2E1. sesuaikan mengikut permintaan guru anda.

      Padam
  8. maaf ... erm yang adab dan pantANG larang thue boleh berikan cotoh tak..?

    BalasPadam
  9. Aaarrrgghhh !! terima kasih sangat sebab bagi rujukan kat sini .. ingatkan senang je nak buat , rupenye .. perghh .. susah giler beb ! Thankss .. :)

    BalasPadam
  10. mmmm leh sye tau..,ape kesimpulan dia?
    sye xtau la nx wat cam ne...>_< ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. iqmal, cube bincang dgn kawan2. kesimpulan adalah rumusan folio

      Padam
    2. mmm k,terima kasih krana sudi membantu sye..^^

      Padam
  11. boleh bgi contoh untuk merancang gizi seimbang seorg pelajar ?

    BalasPadam
  12. merancang satu gizi seimbang tu nak buat macam mana? kurang faham la.

    BalasPadam
  13. waHHH..... tq....sng btol nk buat pbs....

    BalasPadam
  14. boleh tolong terangkan x mcm mne nk buat yg tajuk 'mempraktikkan amalan pemakanan yang betul'?? sye kurang faham lha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://pbssainsonline.blogspot.com/2013/03/kepentingan-makanan-seimbang.html

      cuba baca link yg saya bagi ni dan fahamkan. InsyaAllah dpt membantu nana dan zahra.

      Padam
  15. boleh tak bagi isi kandungan untuk bentuk laporan?

    BalasPadam
  16. kalau yang penulisan mcm essei, pantun dll tu. kena buat dkt tmpat lain ke ? i means. kita kena buat dlm powerpoit and essei tu ?

    BalasPadam
  17. yang mengaitkan makanan dengan sensitiviti dan kepercayaan tuhan tu macam mana nak buat? saya tak faham

    BalasPadam
  18. mengkonsepsi makanan dan amalan pemakanan ni mcm mne? x brape fhm la

    BalasPadam
  19. Thanksss.Siap gak homework

    BalasPadam
  20. Kepentingan mkn mknn berkhasiat untuk memastikan pertumbuhan normal 2 camne?

    BalasPadam
  21. boleh tak bagi contoh kepentingan makan makanan berkhasiat??

    BalasPadam
  22. kepentingan makan makanan berkhasiat tu macam mana?? saya kurang faham... Tolong jelaskan boleh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dh terangkan dlm blog ni. cuba cari

      Padam
  23. kesan negatif jika tidak makan makanan berkhasiat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika x mkn makanan berkhasiat akan dapat penyakit malnutrisi seperti skurvi, rabun malam, riket dll. sila rujuk buku teks. ade penerangan tentang malnutrisi.

      Padam
  24. terima kasih..blog nieh byk membantu sy siapkan buku skrap sains tu..alhamdulillah akhirnye siap jugak,thanx a lot.

    BalasPadam
  25. saya x berapa faham yg kepentingan makan makanan berkhasiat dan mempraktikkan amalan pemakanan yang betul .harap dibalas ngn segera..

    BalasPadam
  26. buatkan kesimpulanya sekali ^.^ ..

    BalasPadam
  27. Serius dengan adenye maklumat ni, semua kerja saya jadi senang.. Thanks Helping..

    BalasPadam

Catat Komen