Tahun lepas saya telah mengikuti Kem Cerdik Cukai 2012 di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi. Kem ini untuk memberi pendedahan kepada kepentingan cukai kepada negara, kerjaya percukaian dan prinsip kerja LHDNM. Selain itu, diselitkan program2 motivasi dan peningkatan kendiri.
Peserta kem ini terdiri daripada pelajar Pra-U daripada sekolah2 yang terpilih di seluruh Malaysia, termasuk, Sabah, Serawak dan Johor. Ia mengabungkan sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kem ini dijalankan selama 5 hari 4 malam (Isnin hingga Jumaat) melibatkan 50 orang guru dan 200 orang pelajar.
Auditorium sangat besar, cantik dan canggih.
Bersama dengan Pegawai Atasan LHDNM (sori, dh lupa) dan Timb Pengarah Pelajaran KPM yang merasmikan KCC 2012.
Cukai memancu pembangunan negara. Silalah bayar cukai segera.