Amali Sains: Proses Penyaduran Paku Besi Menggunakan Proses Elektrolisis.

Elektrolisis ialah proses pemecahan suatu sebatian kimia kepada unsur-unsurnya dengan menggunakan tenaga elektrik.(lisis=pemecahan). Tiga aplikasi proses elektrolisis ialah penyaduran logam, pengekstrakan logam dan penulenan logam.
Tujuan Penyaduran Logam.
  • membaiki rupa sesuatu logam
  • mengelakkan proses pengaratan dan pengoksidaan

Camera 360
Di Anod (kepingan kuprum)

Kepingan kuprum terhakis (larut) di dalam elektrolit.
  • Atom kuprum bertukar menjadi ion kuprum
  • Cu –> Cu2+ + e
  • Maka, saiz kepingan kurpum berkurang.


  • Camera 360
    Di katod (Paku Besi)
    • Terdapat lapisan kuprum dipermukaan paku besi.
    • Ion kuprum dinyah cas kepada atom kuprum
    • Cu2+ + 2e –> Cu
    • Maka, saiz paku besi bertambah.
    Camera 360Camera 360
    Warna biru larutan kuprum nitrat tidak berubah kerana ion Cu2+ yang dinyahcas dikatod diganti dengan ion Cu2+ yang terhasil daripada hakisan logam kuprum di anod