JENIS MASALAH KEGUGRAN RAMBUT
1. Androgenetik alopesia (botak)
Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Rawatan doktor amat diperlukan. Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
- testosteron - (hormon lelaki).
- usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
- keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.
2. Alopesia areata (tompok botak)
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
3. Telogen effluvium (keguguran biasa)
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
PUNCA KEGUGURAN RAMBUT
1. Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
2. Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
5. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant) akan menyebabkan kegugran rambut sementara waktu. Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
6. Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
7. Hormon
Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan.
8. Produk
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya.
9. Kurang vitamin
Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
10. Genetik
Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.
11. Aliran darah tidak sempurna
Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
12. Sikap
Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR
1. Amalkan supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
2. Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda, tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai.
3. Perah 2-3 biji limau nipis. campurkan dengan 2 biji putih telur. kemudian sapukan pada rambut. Biarkan selama lebih kurang 2 jam kemudian cuci rambut sampai bersih.
4. Santan dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala. Perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
5. Ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala.