SENARAI EVIDENS BAND 6 PBS TINGKATAN 2

Berikut adalah senarai evidens band 6  Pentaksiran Sekolah PBS. Jika murid-murid dapat mencapai tahap bangi semua evidens band 6, mereka akan dianugerahkan dengan band 6. 




Instrumen B6D1E1:
Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.

Instrumen B6D2E1 :
Pembentangan hasil penulisan “makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:
  • kepentingan makan makanan berkhasiat
  • mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
  • merancang satu gizi seimbang
  • mewajarkan pengagihan makanan kepada ayng kurang bernasib baik / memerlukan
  • mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

Instrumen B6D3E1:
Menjalankan satu forum dari bahan penulisan berkaitan
  • Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.
  • Menjelaskan kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
  • Menghuraikan kepentigan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.


Instrumen B6D4E1:
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan
  • Pencemaran air
  • Pengawalan
  • Pembersihan
  • Cara penjimatan penggunaannya

Instrumen B6D5E1:
Membuat projek atau permainan yang mengaplikasikan konsep kestabilan.


Instrumen B6D6E1:
Membina model yang menggunakan prinsip tuas.




Photobucket