Pemohonan ke IPTA/Politeknik & ILKA bagi sesi akademik 2014/2015
Untuk pengetahuan anda, pemohonan ke IPTA/Politeknik & ILKA bagi sesi akademik 2014/2015 akan dibuka mulai 20 JANUARI 2014. Pemohonan ini adalah untuk kursus asasi, sijil, diploma dan ijazah pertama.Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU. Setiap pemohon perlu memiliki No. Unik ID yang dibeli di Bank BSN untuk mengisi borang pemohonan. Terdapat tiga kaedah untuk membeli No. Unik ID tersebut, iaitu:
- Beli dikaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Beli di mesin ATM BSN (untuk pemilik kad GIRO sahaja)
- SMS Banking (untuk pemilik kad GIRO sahaja)
Terdapat dua kategori pemohonan ke IPTA/Politeknik & ILKA iaitu:
- Kategori A: Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.
- Kategori B: Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.
Oleh itu,setiap pemohon perlu memastikan kategori yang sesuai dengan kelulusan anda sebelum membeli No Unik ID. Kesilapan membeli No Unik ID akan menyebabkan anda tidak dapat mengisi borang pemohonan ke IPTA/Politeknik & ILKA.
Jika anda memerlukan bantuan kewangan dari segi biasiswa atau pinjaman pendidikan, anda boleh biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada JPA, MARA dan Yayasan Negeri. Sila rujuk Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan untuk maklumat lanjut.
Semasa anda mengisi borang pemohonan ke IPTA/Politeknik & ILKA, pastikan anda memilih kursus yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan anda. Dapatkan pandangan daripada ibubapa, guru dan kaunselor sekolah untuk pilihan yang terbaik. Elakkan daripada terikut-ikut dengan kursus pilihan rakan anda. Pastikan juga anda tahu dan benar-benar faham Dasar Pemilihan Pelajar ke IPTA supaya anda berjaya mendapatkan tempat di institut pengajian tinggi.
Jika anda berminat untuk menlanjutkan pelajaran ke kolej komuniti, ada boleh merujuk Cara Mendaftar Kolej Komuniti di sini. Untuk pengetahuan anda semua, bilangan pelajar yang medaftar ke kolej komuniti semakin hari semakin bertambah.