Mulai tahun 2014, portal APDM telah dimigrasi daripada http://www.sekolahmalaysia.
Alamat Portal Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Guru Kelas
- Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan maklumat murid, ibu bapa/penjaga dan maklumat-maklumat lain yang terkandung di dalam APDM.
- Guru kelas perlu mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari masa ke semasa.
- Guru kelas bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data danmaklumat murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah tanggungjawab guru kelas berkenaan.
e-kehadiran
Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara dalam talian. Pembantu tadbir akan membantu guru kelas mencatatkan kehadiran murid ke dalam sistem ini setiap hari.Sistem Maklumat Murid (SMM)
Di sekolah saya, kami menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sejak tahun 2012. Walaupun kami menggunakan APDM, kami masih wajib memasukkan data murid dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). Apa motifnya? Mengisi data murid secara online dan offline serentak? Sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Cuma bagi saya, selagi masih ada SMM selagi itulah tujuan sebenar APDM tak tercapai. Saya harap, APDM dapat diupgrade segera sehingga guru-guru tak perlu lagi mengisi SMM.
betul tu cikgu, masa orientasi sekolah rendah aritu cikgu tu ada highlight pasal benda ni hehe. Segala pencapaian murid-murid akan dimasukkan ke dalam pangkalan data secar aonlien oleh cikgu-cikgu dan ibu bapa boleh semak secara online, betul ke gitu?
BalasPadamtu pangkalan data SPS kan....bukannya APDM.
Padammcm2 jugak.
Betul tu, lepas ni kena masukkan dalam SPS pula. Aduh! Padahal sama saja sistemnya.
BalasPadamtak boleh ke mereka transfer je data dr APDM ke SPS?
PadamNak tanya sapa yg sepatutnya on9 APDM ni ye, guru@PT
BalasPadamCatat Komen