Buku Rekod Mengajar 2014


Zaman dah banyak berubah. Dulu, semua guru-guru menulis rancangan pengajaran dalam buku rekod mengajar. Tapi sekarang dah ada sekolah yang guru-gurunya menulis rancangan pengajaran secara online. Ada guru yang menyusun lesson plan dalam fail. Tapi, saya masih lagi menulis tangan di dalam buku rekod mengajar. Sekolah saya mengamalkan cara yang paling kuno, tapi paling selamat dari segi pemantauan.

Ada orang cakap, buku rekod mengajar hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar, tapi setiap tahun saya balut dengan kertas pembalut hadiah. So far, tak pernah kena tegur dengan Pengetua. Cuma dulu-dulu, semasa pemantauan 5S, risau la jugak kena tegur sebab tak seragam dengan guru-guru lain.

Tahun ini, tema buku rekod mengajar saya adalah OWL. Dah banyak dah saya ternak burung hantu dalam buku rekod tu. Macam comel je, macam cantik je burung hantu tu...hehehe

Tahun lepas, tema saya adalah felt craft. Suka jugak buku rekod mengajar tahun lepas. Semangat je nak tulis RPH sebab suka dengan cover buku rekod.