Masih ingat lagi Ujian Kompetensi ICT yang wajib dijawab oleh semua guru pada hujung tahun 2013?
Keputusan daripada Ujian Kompetensi ICT itu boleh disemak secara online di
http://apps.moe.gov.my/abpg/kompetensiict/. Cikgu-cikgu hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sahaja dalam ruangan yang disediakan.
Ujian ini adalah salah satu kompenon penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dan semua guru wajib menjawab ujian ini dalam masa yang ditetapkan. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat guru yang lulus ujian ini sudah menerima sijil, tetapi saya masih lagi belum dapat sijil tersebut. Bagi yang tak lulus ujian ini, khabar angin mengatakan mereka harus menghadiri kursus...Entah la.