Bertukar Kepada Dua Sesi...ohh TIDAK!


Bagaimana rasanya mengajar di sekolah dua sesi?
Kalau mengajar sesi pagi, mungkin la tak banyak beza.

Tapi kalau mengajar sesi petang macam mana?
Biasnya sebelah petang untuk sesi kokurikulum
tp sekarang kena pergi ke sekolah pada waktu petang untuk PdP.
Macam kesian je kat murid, petang-petang selalunya bermain di padang
tapi kena belajar dalam kelas.

Kalau mengajar dwi alam@ dua sesi pula macam mana?
Masuk lewat pagi dan keluar awal petang.
Tak best jugak kan.
Silap-silap bukan 8 jam di sekolah, tapi 12 jam.


Sekolah saya dah bersedia untuk bertukar kepada dua sesi.
Bila-bila masa sahaja kami akan bertukar dari satu sesi ke dua sesi
Murid-murid pun dah dimaklumkan.

Kenapa terpaksa jadi dua sesi????
Nampak tak bangunan utama kami kat gambar tu.
Bangunan itu berusia lebih 117 tahun.
Sekarang bangunan tu dah uzur, sangat sangat uzur.
Tahun lepas, panggil kontraktor baik bumbung,
tapi kontraktor pun tak sanggup repair,
sebab kalau usik satu paku pun,
mungkin satu bangunan akan roboh.
Pendawaian elektrik di bangunan tu, tak payah cakap la,
memang dah lama fail.

Kalau mengajar dalam kelas di bangunan tu,
tuhan je la yang tahu bisingnya macam mana.
sebab lantai bangunan tu dari papan yang mereput,
kalau ada seorang murid tolak satu kerusi,
lantai bergegar dan bunyi bising.
itu belum lagi kes murid berjalan di aras satu,
atau menjawab soalan guru secara korus.
Bising. Macam gempa bumi
Dan disebabkan lantai pun dah mereput,
selalu je salji turun dari lantai aras 1.
Boleh bayangkan tak????

Pegawai JKR dah datang tahun lepas.
Bangunan ni memang dah di sahkan tak selamat untuk diduduki.
Sebab tu kami terpaksa pindahkan kelas-kelas di blok itu.
Tapi nak pindahkan ke mana?
Sekarang pun dah ada kelas terapung.
Jadi, terpaksa la bertukar kepada dua sesi.


Ape-ape pun, 
dua sesi cuma akan dilaksanakan apabila sekolah saya cukup bilangan guru
sekarang ni kami masih sekolah kurang guru.
bila dah ada cukup guru, 
persekolahan dua sesi akan bermula.

Dijangka, paling lewat dua sesi akan dilaksanakan
setelah pertukaran guru bulan Mei/Jun.
So, pada cikgu-cikgu yang di Sabah dan Serawak,
cuba la mohan bertukar ke sekolah saya.
confirm pertukaran akan diluluskan.
Kami di sini desperate guru.