Peningkatan perbuatan ponteng sekolah dan sikap tidak acuh di kalangan pelajar sekolah ketika mengikuti pembelajaran di sekolah adalah antara alasan mengapa kesatuan guru kebangsaan mahu sistem penilaian baharu pelajar dimansuhkan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tidak ada seorang pun daripada 180,000 ahlinya di seluruh negara yang mendapati Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mempunyai ciri positif sejak ia dimulakan tiga tahun lalu.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata PBS terlalu asing bagi budaya pendidikan pelajar Malaysia yang suka jika perkembangan mereka diukur dengan pencapaian A, B dan C.

Pendirian kesatuan itu dijangka menambah tekanan kepada Putrajaya yang membuat keputusan untuk menyemak semula sistem itu, yang dilaksanakan kepada pelajar tingkatan satu dan dua serta murid darjah satu.

Keputusan Putrajaya untuk menyemak semula sistem itu dibuat selepas menerima tekanan daripada kumpulan guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dikatakan akan mengadakan bantahan pada 22 Februari untuk mendesak PBS dimansuhkan.

Walaupun NUTP tidak bersetuju dengan rancangan SGMM, Hashim berkata, desakan mereka adalah sama.

“Dengan PBS, tidak ada makna lagi untuk ke sekolah,” katanya merujuk kepada PBS yang tidak merangkumi peperiksaan tahunan tetapi lebih kepada penilaian harian.

Beliau berkata, pada asasnya pelajar dinilai menerusi penilaian harian, sama ada mereka lulus atau gagal sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada spectrum enam band. Ia bermula daripada band satu “faham” (paling bawah) kepada band enam (paling tinggi).

Hashim berkata, pelajar yang mendapat band satu dianggap lulus tetapi tidak secemerlang pelajar yang memperolehi band enam.

Ini berbeza daripada sistem penggredan hirarki yang lama iaitu pencapaian pelajar A hingga F dipisahkan berdasarkan kepada siapa cemerlang dalam mata pelajaran tertentu.

“Pelajar kita masih mahu berusaha untuk mendapat markah 90% atau 95%. Apabila mereka tidak diberi peluang, mereka rasa apa gunanya belajar? Apa beza antara saya dengan budak lain?

“Guru pula kemudian berdepan dengan masalah untuk memotivasikan pelajar untuk memberi tumpuan dalam kelas kerana pelajar mudah bosan.

“Pelajar juga tidak peduli untuk datang ke kelas kerana mereka rasa tidak perlu diberi gred,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Selasa, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kementerian menyemak semula PBS susulan daripada lambakan aduan yang diterima daripada guru.

PBS dilaksanakan –ada 2011 bermula dengan pelajar tingkatan satu. Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghasilkan pelajar yang lebih holistik, bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran.

Ramai guru mengadu mengenai kekaburan sistem gred enam band itu dan keperluan mengisi data penilaian pelajar setiap hari ke dalam sistem komputer berpusat.

Kesesakan dalam jaringan komputer berpusat itu menyebabkan guru terpaksa bangun awal dinihari untuk memasukkan data pelajar iaitu ketika ia tidak sesak.

“Jika seorang guru mempunyai 160 pelajar, maka penilaian 160 individu perlu dibuat setiap hari,” katanya.

Terdahulu, SGMM mendakwa kelemahan dalam sistem PBS di Malaysian menyebabkan banyak sekolah berpatah balik kepada sistem peperiksaan tahunan untuk menjejak pencapaian pelajar.

SGMM mahu sistem itu dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan kepada pelajar tingkatan tiga tahun ini yang akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Mereka bimbang kelemahan dalam pelaksanaannya dan keseluruhan kekeliruan di kalangan majoriti guru dan pentadbir sekolah mengenai kaedah melaksanakan PBS akan memberi kesan kepada PMR pelajar tingkatan tiga.

Hashim berkata, penekanan kepada sekolah secara individu untuk menaksir pelajar sendiri bertentangan dengan pemeriksa luar seperti dalam kes sistem lama, dan ini akan membuka kepada ruang untuk memanipulasi keputusan PMR.

“Setakat ini, tidak ada garis panduan daripada kementerian untuk jawapan standard dalam PMR.

“Tidak ada guru atau sekolah mahu sekolah mereka dilihat sebagai ketinggalan. Jadi, apabila tiba masa peperiksaan, apa yang boleh menghalang mereka daripada meluluskan semua pelajar?

“Memandangkan guru mengawal penilaian dan pentaksiran, mereka boleh memberitahu pelajar apa soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan,” katanya. – 13 Februari, 2014.


Sumber:
NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS
OLEH SHERIDAN MAHAVERA (themalaysianinsider)
FEBRUARY 13, 2014


p/s: Saya pun dah makin keliru dengan PBS ni.  Dah la tiada contoh soalan pentaksiran pusat, khabar angin banyak sangat. Nak terangkan PBS pada murid pun tak berani sebab tak ada penjelasan yang lengkap dan konkrit.

7 Ulasan

  1. harapnya ada berita yang boleh menggembirakan semua orang

    BalasPadam
  2. semua nak bagi pendapat tentang PBS ni. Termasuk orang-rang yang tak pernah terlibat secara langsung pon dengan PBS. Bila banyak sangat pendapat, PBS yang niat asalnya murni, tapi tidak dapat diterjemahkan dengan berkesan.Inilah hasilnya. Mmg bagus dipertimbangkan semula..:)

    BalasPadam
  3. kesian semua cikgu pening2 slma ni mghdp pbs

    BalasPadam
  4. Anak saya menghadapi masalah skrg ni. Dia terlalu benci PBS. Dia pelajar yang sgt cemerlang. Dan sekrg berada di SBP di tingkatan 1. Tapi 2 minggu kebelakangan ini dia murung mengatakan tidak tahan dengan PBS dalam kelas. Saya terpaksa ambil beliau minggu lepas sebab dia mengalami tekanan yg kronik. Dia benci PBS kerana workload terlalu banyak dan masa tidak cmakin ukup. Cuti sekolah terdekat ni pun dah ada kerjakursus beratur untuk disiapkan. Saya jadi tertekan kerana dia sangat2 sedih skrg ni. Daripada seorang pelajar cemerlang, skrg dia menjadi pelajar yang kecewa dan hampa dan murung. Cikgu pun tak ready dgn PBS. Cikgu pun baru. Anak saya test cikgu bahasa Inggeris dia yang sangat incompetent. Dia dan rakan dia test cikgu berkenaan " Cikgu....should this be was or were ...?" Cikgu tersebut tak boleh jawab. Macam mana tu? Saya nasihat supaya dia bersabar. Dia kata I enter the school to gain education but how come the teacher is like that. Anak saya buat sendirik latihan hingga achieved band 5 on her own. And she said buat apa pergi sekolah kalau semua nak kena buat sendiri. Cikgu pun tak begitu pandai nak ajar. Today saya hantar dia semula ke SBP. Dia menangis, dia kata dia rasa makin bodoh. And apa achievement yang dia nak capai pun dia dah tak yakin sebab dia tak yakin dgn kebolehan guru2 mengajar dan melestarikan PBS. Murid terbeban. guru pun terbeban. For me... why eager sangat nak tukar ke PBS ni? Adakah sistem lama kita gagal? Rasanya tak. Skrg ni please lah cepat2 mansuhkan PBS. Semua makin confused ni. Nak tunggu apa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tak nafikan workload mmg lebih byk dalam PBS ni, tp bukan anak puan sahaja y menghadapinya. ajar dia bt kerja dlm kumpulan spy kurang tension. Bg saya, dia sebenarnya terkejut ttg perubahan persekitaran dr sekolah rendah ke sekolah menengah. lg sebulan dua, may be dia dpt sesuaikan diri. tp harap sgt puan selalu nasihatkan dia, jgn patah semangat dan think positve ttg pbs.


      Jika anak puan rasa cikgu BI dia sgt incompetent, puan boleh maklumkan terus pd pentadbir sekolah, dan terangkan situasi sebenar di dalam kelas.

      sebagai golongan pelaksana sistem, sy cuma boleh kata, fikir positif. pbs dibuat untuk menilai secara holistik, dan menukarkan sistem exam oriented sebelum ini yg menyebabkan murid hanya mampu menjawab soalan, tp tidak boleh mengaplikasi.

      tidak mungkin pbs dimansuhkan, yang kami mohon hanya penambahbaikkan untuk mengurangkan stress semua pihak.

      Padam
    2. Semua masalah pbs ini bukan terletak pada kesalahan guru semata-mata. Ini adalah kerana guru hanya pelaksana dengan penerangan atau exposure yang begitu terhad. Masa yang terlalu suntuk untuk berada disemua tempat pada satu masa. Guru harus berada di bilik darjah untuk pnp dan pada masa yang sama harus online untuk segala kerja.Tekanan pada guru yang kurang mendapat sokongan dari semua pihak begitu menduga. The aim or purpose of being a teacher is to pour out all the knowledge as much as we could not only for the sake of preparing the children for such a challenging future in what they called globalisation but for the life hereafter. But can the teacher achieve it without any support from all the people especially the parents and from the department of education.

      Padam
  5. Jawapan kepada semua ni....Tak tahu...

    BalasPadam

Catat Komen