Pemohonan Pensyarah Matrikulasi 2014



Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi pensyarah matrikulasi, tawaran untuk memohon Pensyarah Matrikulasi sedang dibuka. Permohonan di pelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi.


SYARAT-SYARAT:
  1. PPP (Guru atau pegawai di bawah KPM ) Gred DG 44 sahaja
  2. Telah mengajar subjek pengkhususan 3 tahun berturut
  3. Prestasi (LNPT) melebihi 85 % bagi 3 tahun berturut-turut
  4. Bebas tindakan tatatertib/SPRM/pinjaman tegar
  5. Diperakui oleh Ketua Jabatan/Sekolah

SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI:
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • B.Inggeris
  • Sains Komputer
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kokurikulum ( Kekosongan KM Labuan Sahaja)

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada

Pengarah Bahagian Matrikulasi,
KPM Aras 6-7, Blok E 15,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 Mei 2014.


Untuk pertanyaan lanjut:

03-88844072/4074/4008/4105
Pn. Norazlin Mokhli / Pn. Norshahida bt Md Nayan,
En. Mustafa Kamil bin Sulaiman/En. Mohammad Amin Bin Osman


Jika permohonan diterima, cikgu-cikgu akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Mengikut pengalaman saya, temuduga akan dijalankan sekitar bulan September. Tempat temuduga adalah terdiri daripada empat pusat iaitu untuk bahagian utara, bahagian tengah, bahagian selatan bagi Semenanjung Malaysia dan Malaysia timur. Malaysia timur tu, tentu sekali di KM Labuan.



Penumuduga terdiri daripada Pegawai daripada Bahagian Matrikulasi dan Pegawai Pentadbir Kolej Matrik seperti Pengarah dan Timbalan Pengarah. Rasanya terdapat tiga orang penemuduga dalam setiap bilik. Soalan yang ditanya pula adalah seperti isu pendidikan, organisasi KPM dan Bahagian Matrikulasi, tugas di sekolah, tujuan mohon ke Kolej Matrikulasi dan kesediaan ditempatkan di mana-mana kolej matrikulasi. Cikgu-cikgu juga diminta untuk membuat microteaching bagi subjek dimohon. Lama tak mereka menjalankan temuduga???? Ya, sangat lama. Lebih kurang 30-45minit seorang.


Semasa saya pergi temuduga, sangat ramai cikgu yang datang ke temuduga tersebut. Lebih kurang 200 orang. May be more. Saya temuduga di KM Pulau Pinang. Disebabkan saya datang lambat, lebih kurang jam 10.00 pagi, giliran saya tiba pada pukul 5.00 petang. Saya tak tahu pukul berapa sesi temuduga tamat. Kenapa saya datang lambat??? Sebab surat datang lambat. Surat tiba ke sekolah sehari sebelum tarikh temuduga. Saya ambil surat di sekolah pagi sebelum pergi temuduga. Tapi selepas ambil surat, tak pergi terus, susan dulu keperluan yang diminta bawa semasa temuduga. Jarak sekolah saya dengan KM PP lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan, sebab tu saya sampai lambat (^__^)


Kalau cikgu-cikgu lulus temuduga dan ditempatkan di Kolej Matrikulasi, cikgu-cikgu akan terima arahan penempatan..arahan ye, bukan tawaran. Maknanya, cikgu-cikgu harus wajib pergi kerana cikgu-cikgu dah ditukarkan. Tak boleh tolak sebab dalam borang pemohonan kita dah tandatangan setuju ditempatkan di mana-mana kolej matrikulasi. Sila baca:-





Tapi ada juga beberapa orang guru yang dipilih menjadi pensyarah matrikulasi tetapi tidak pergi melapor diri. Jika tidak melapor diri dalam masa yang ditetapkan, dikira menolak menjawatan pensyarah matrikulasi.


Kepada yang berminat, sila rujuk iklan Pensyarah Kolej Matrikulasi dan portal KPM.