Kali ni tajuk entri blog saya persis novel 13 Jam A380. Setiap kali naik kapal terbang, saya berangan-angan jadi Hana, dapat free seat di kelas 1 dan bercinta dengan jutawan yang duduk disebelah kerusi. Bercinta 13 jam, berpisah setelah sampai ke London. Bila bertemu kembali, gaduh-gaduh tapi akhirnya kahwin jugak. Sweet (^__^)
Pagi tadi saya pulang ke Sarawak. Naik Air Asia, AK5432. Departure pukul 7.05 pagi dari Pulau Pinang. Sepatutnya kerusi saya 28B tapi sehingga pintu kapal terbang ditutup, masih lagi tiada penumpang di kerusi 28A, seat tepi tingkap. Jadi saya gerak la ke tepi tingkap. Bila dah duduk tepi tingkap, saya buat muka tak malu, tangkap gambar window view. Banyak kali tau saya tangkap. Agak-agaknya orang sebelah saya ingat saya jakun kapal terbang. Tapi biarkanlah. Saya nak post gambar window view kat blog.
Ini adalah window view semasa kapal terbang berlepas. Pemandangan Pulau Pinang dari langit. Yang korang nampak cahaya tu, itu bukan matahari, tapi flash dari kamera handphone saya.
Nampak tak titi Pulau Pinang. Ini jambatan pertama, Jambatan Sultan Alzan Shah. Semasa nak datang ke airport, saya gunakan titi Pulau Pinang yang baru, Jambatan Sultan Abdul Halim Muazam Shah.
Awan. Kalaulah tingkap boleh dibuka, saya teringin nak pegang awan. Saya tak tahu tekstur sebenar awan. Saya selalu banyangkan awan ni selembut gula-gula kapas, tapi sejuk.Nasib baik tak ade anak murid yang tanya macam-macam tentang awan.
Dah sampai Sarawak. Kapal terbang nak mendarat. Terasa kapal terbang ni bergegar membelah awan.
Sekali pandang nampak Sungai Sarawak ni macam ular sawa. Mesti banyak Bujang Senang kan.
Satu minit sebalum safely landed at Kuching Airport. Saya tak dapat nak teka lagi bangunan ini di area mana. Masih blurr dengan Bandar Kuching.
p/s: Saya tukar background dan header blog lagi.