Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya Penjawat Awam dan Pesara




Bayaran Bonus Hari Raya Aidilfitri Tahun 2014 bagi penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada hari Selasa, 15 Julai 2014.


Bagi penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54, bonus yang bakal diterima ialah RM500, manakala bagi pesara kerajaan bonus yang bakal diterima ialah RM250. Bonus ini adalah adalah bantuan khas untuk meringankan beban perbelanjaan kakitangan awam untuk menyambut Hari Raya.