Petang Dahulu Petang Sekarang

Dulu setiap petang, 
kalau saya tak pergi ke sekolah,
saya minum teh dengan mak dan bapak,
kami minum teh dengan sukun goreng.
Selalunya bapak akan kait buah sukun, kupas dan potong buah sukun.
 Mak akan bancuh tepung dan potong buah sukun kepada kepingan lebih kecil.
Kemudian saya akan goreng buah sukun tuu.
Kalau buah sukun tak ada, saya akan goreng keropok.
Ataupun kami makan biskut tiger cicah dengan teh panas.



Kalau saya balik sekolah lewat,
saya akan singgah Lembah,
di situ ada jual popia basah yang sangat sedap.
Cucur goreng pun ranggup.

 
Kalau hari Jumaaat, 
petang petang macam ni,
saya singgah Pasar Jumaat,
beli yong tau fu atau murtabak.
Nasi kerabu dan laksam kegemaran saya pun ada.


Selepas minum petang,
saya tolong bapak gardening.
Selalunya trim pokok bunga raya dan pokok bunga kertas,
Selepas itu, bagi kucing makan.
Dan kemudian tutup tingkap rumah.
Pukul 7 tengok drama melayu di TV3.


Tapi sekarang, 
dah tak ada tea time,
dah tak ada gardening
tapi saya masih lagi tengok TV3 kul 7.


Petang-petang sekarang,
Saya lebih suka balik kerja lewat,
Saya lewat bukan sebab buat kerja tapi baca blog orang,
Blog sendiri kekeringan idea nak tulis entri.


Sekarang ni, kalau saya balik awal, 
saya akan tidur petang.
Kadang-kadang saya sertai pelajar riadah petang.
Tapi selalunya saya pantau je pelajar main.
Nak main dengan pelajar segan,
sebab semua sukan saya tak reti.


Tujuan saya datang ke sini
masih lagi tak tercapai.
Kadang-kadang saya rasa macam tak akan tercapai
Mulalah terselit rasa menyesal.
Tapi bila difikirkan semula,
saya berada di sini kerana Allah
pasti ada kebaikkan yang saya tak nampak.

Semoga esok dan hari seterusnya akan menjadi lebih baik.
Saya di sini kerana Allah.
Semoga hajat saya tercapai.