Dalam sistem pengurusan Bahagian Matrikulasi KPM, Ketua Jabatan mesti pensyarah DG48 dan Ketua Unit mesti pensyarah DG44. Bekas ketua unit kimia saya dah naik pangkat dari DG44 ke DG48 dan beliau dilantik jadi Ketua Jabatan Sains. Jadi giliran saya mengisi kekosongan jawatan Ketua Unit Kimia. Dalam unit saya, hanaya saya seorang sahaja pensyarah DG44.


Kalau di sekolah dulu, kalau ada guru cemerlang beliau yang selayaknya dilantik menjadi Ketua Panita, tapi di sini, walaupun ada pensyarah kanan DG52 dalam sesuatu unit, tetapi keutamaan pada pensyarah DG44.


Saya harap, nanti akan ada seorang lagi pensyarah kimia DG44 yang ditempatkan di KMSw. Kalau dia ada, lebih mudah la saya memohon pindah ke semenanjung, sebab akan ada orang lain yang boleh pegang jawatan  ketua unit.

Post a Comment