Letak Jawatan Felo

Saya berhasrat nak melepaskan tugas saya sebagai felo. Saya dah jumpa Pengarah Kolej. Dia minta saya tulis surat rasmi tapi dia tak janji untuk meluluskan pemohonan saya untuk meletakkan jawatan sebagai felo. Maksudnya, terdapat kebarangkalian pemohonan saya ditolak.


Enam bulan lebih menjadi felo, saya sebenarnya tak ada masalah untuk menjaga pelajar di asrama, memantau aktiviti mereka pada sebelah petang dan malam dan menghantar mereka ke hospital jika terdapat kes kecemasan. Penat, memang penat, sebab terpaksa kerja siang dan malam. Tapi sokongan pelajar dan rakan felo sangat bagus. Pelajar-pelajar tak pernah menimbulkan masalah, dan rakan felo sentiasa memberi tunjuk ajar.


Tapi, saya tak nak jadi felo dah. Sebab ia menjadi halangan untuk saya balik ke semenanjung. Hmm, dulu semasa saya terima permintaan Pengarah untuk jadi felo, saya tak fikir ia sesuatu yang menyusahkan saya untuk membantu pihak pengurusan menguruskan pelajar di asrama. Tapi apabila tugas felo menjadi halangan untuk saya pulang ke semenanjung semasa hujung minggu dan cuti semester, saya nekad, tak nak jadi felo.