Alhamdulillah

Syukur, permulaan tahun 2015 dapat dimulakan dengan menunaikan umrah. Perancangan yang telah dibuat lama, tapi tak berani nak diwar-warkan, takut tak jadi. Tapi alhamdulillah, Allah telah memudahkan saya untuk menyahut panggilan Allah untuk menunaikan umrah. 


Umrah 2015 adalah umrah kali kedua bagi saya. Kali pertama saya pergi semasa tingkatan 1 iaitu pada tahun 1997. Nyata banyak perbezaan pada kedua-dua tanah haram tersebut, begitu juga dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kali ini saya terasa sangat kedua-dua masjid sangat dipenuhi oleh umat Islam yang mencari keredhaan Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW tapi dalam masa yang sama, dalam kesesakkan itu, kita mempunyai ruang yang lapang dan tenang untuk beribadat. Dan sesuatu yang ajaib, sepanjang di sana, hati rasa lapang dan badan sentiasa bertenaga. Mengantuk, memang tak, walaupun saya ni kaki tidur...kedua-dua tanah haram ini mempunyai tenaga positif yang tersendiri.


Saya bersyukur dapat pergi menunaikan umrah bersama ibu bapa saya sekali lagi. Bertuahnya dapat menunaikan umrah bersama orang yang paling kita sayang dan bertuahnya dapat menunaikan umrah bersama ibu bapa tercinta. Bukan semua orang yang dapat peluang menunaikan umrah bersama ibu bapa, kan....bahagianya saya. Bahkan kali ini, abang sulung saya pun ada. Kami berempat. Lagi meriah, ada mak saudara dan dua orang anaknya dan sepasang mak cik dan pak cik. Jumlahnya, kami semua bersembilan. Alhamdulillah.