Download Buku Manual Kajian Tindakan

Kepada warga pendidik yang merancang untuk membuat kajian tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM telah menerbitkan Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Disember 2008.





Cikgu-cikgu boleh memuat turun Buku Manual Kajian Tindakan di sini:





Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan. Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Kepentingan guru melaksanakan penyelidikan ke atas pengajaran dan pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu:

...Guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak
bergantung kepada penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat
inovasi atau penyelia. Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat,
bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar bilik darjah boleh memberi
khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk
mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap
strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan
eksperimen supaya mereka dapat mengkritik kemahiran-kemahiran mereka
bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme. Perbuatan
sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan diri dengan
penyelidikan bilik darjah.

Selain daripada Buku Manual Kajian Tindakan, cikgu-cikgu boleh merujuk Power Point yang disediakan oleh PPD Kuala Selongor bertarikh 3 November 2011untuk penerangan yang lebih mudah dan ringkas.





Selamat berusaha dan semoga berjaya menghasilkan kajian tindakan yang bermafaat.