5 Perkara Pelajar Harap daripada Seorang Cikgu

Selalunya apabila saya masuk ke kelas, saya harap pelajar dah bersedia untuk belajar. Bawa alat tulis, buku tutorial dan bahan rujukan. Mesti, dan pastinya, pelajar telah menyiapkan tutorial dan tugasan yang diberikan. Mereka juga sudah buat ulangkaji untuk kuliah terdahulu.


Tapi saya dah lupa apa yang saya inginkan daripada seorang guru sewaktu jadi seorang pelajar dahulu. Bila fikirkan balik, saya nak cikgu saya terima saya seadanya, pengajaran yang ringkas, tidak marah, sindir atau membebel. Yang paling saya suka, kalau saya rasa kelas tu, sekejap sahaja...maksudnya tidak membosankan.





Berikut adalah 5 Perkara Pelajar Harap daripada Seorang Cikgu:

  1. Saat-saat Kagum
  2. Memahami Dunia Pelajar
  3. Kepercayaan
  4. Sedikit Jenaka
  5. Persekitaran Bertenaga


Semoga kita menjadi pendidik yang lebih baik (^__^)