Hashtaglive Kuching #livekch #liveKCH

Salam ahad semua. Saya nak cerita sikit tentang #livekch #liveKCH. Boleh la dikatakan program networking pertama yang saya join sejak berada di Sarawak ni.



Apakah #livekch?

#livekch adalah Sosial Media Festival, program networking penggiat media sosial, tak kira la blogger, youtuber's, insta's, twitters, dan fb'ians. Event ini dijalankan di CityOne Megamall, Kuching pada 12-13 September 2015.


Siapakah penganjur #livekch?

Event ini dianjurkan oleh Sarawak Blogger. Setakat yang saya tahu, Sarawak Blogger ada suatu FB page. Saya pernah like page Sarawak Blogger ni. Pada pendapat saya, adalah lebih baik kalau pengganjur invite likers page mereka ke event ini. Saya tahu event ini daripada radio je.


Apa yang ada di #livekch?

Sewaktu saya sampai, ada temuramah dengan Nanasheme, penyayi youtube yang popular dengan lagu Hantu atau Buaya. Selain itu ada juga booth dan kiosk jualan. Saya dapat sehelai t-shirt daripada booth SarawakYes dan satu goodies beg daripada booth UCTS. (^__^) Terima kasih banyak2. Di kiosk jualan tu, saya tak dapat ape-ape la, al maklum, kena beli sendiri. Selain booth dan kiosk jualan, ada banyak tempat untuk selfie dan wefie, Tempat melepak untuk free wi fi pun ada. Ada jugak tempat untuk permainan online dan gelanggang futsal. Open guess book pun ada, korang boleh lukis doodle or sekadar tandatangan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari offical website #livekch. http://hashtaglive.sarawakbloggers.com







Saya teringin juga nak berkenalan dengan blogger-blogger yang ada di Sarawak ni. Tapi tak kenal seorang pun. Tak kan tegur sesuka hati je. Entah-entah bukan blogger pun, cuma pengunjung cityone megamall sahaja. Yang pasti, saya tak register pun di event #livekch.  Petugus di pintu main entrance ada minta saya register, tapi bila saya tanya, kenapa saya kena register, dia speechless. Oleh sebab dia tak jawab soalan saya, saya tak nak la regiester. Adilkan. hahaha!