PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2016



Sukacita di maklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015.


Kepada adik-adik Tahun 6 yang ingin memohon ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, permohonan adalah online di laman web https://sst1.moe.gov.my/


Semua murid Tahun 6 2015 bersekolah Kebangsaan / sekolah Kerajaan / sekolah bantuan kerajaan boleh memohon.  Pemohon perlu key in Angka Giliran/ No. Kad Pengenalan seperti yang tertera dalam slip pendaftaran peperiksaan untuk log in permohonan.


Tarikh Permohonan atas talian

15 Oktober - 15 November 2015.

Aplikasi Permohonan atas talian

Permohonan adalah online di laman web https://sst1.moe.gov.my/

Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil semasa permohonan tersebut kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Syarat pemilihan murid ke SBP


  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  •  Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  •  Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015
  • Aktif dalam kokurikulum


Keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP


Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.


Cara semakan keputusan Penempatan Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016


  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK) KPM
  • Talian hotline BPSBPSK 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS
  • Mobile Apps (bagi pengguna Android)


Seorang murid hanya akan ditawarkan satu tempat sama ada SBP atau MARA. Ianya merupakan (MOU) atau Perjanjian Persefahaman di antara Bahagian ini dan pihak MARA. Setiap calon akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari BPSBPSK atau MARA. Ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid cemerlang.



Selamat memohon.