IKLAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN (PPP) GRED DG41 DI SABAH DAN SARAWAK



Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Jawatan/ Gred Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan

Jadual Gaji                           :

Gred Gaji
Gaji Minimum
 (RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG291,589.005,137.00145.00
DG411,917.008,652.00225.00


Syarat Lantikan


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29

(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).

(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).


Syarat-syarat Lain



  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
  2. Lulus Ujian Psikometrik;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
  4. Sihat tubuh badan;
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
  6. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap
  7. Taraf Jawatan : Tetap

Lampiran



Senarai Opsyen Sekolah Menengah

BIL.OPSYEN
SABAHSARAWAK
1BAHASA ARABBAHASA MELAYU
2BAHASA CINABIMBINGAN DAN KAUNSELING
3BAHASA INGGERISGEOGRAFI
4BIMBINGAN DAN KAUNSELINGKEMAHIRAN HIDUP
5KEJURUTERAAN AWAMPENDIDIKAN ISLAM
6KEMAHIRAN HIDUPPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
7MULTIMEDIAMASALAH PEMBELAJARAN
8PENDIDIKAN ISLAMMASALAH PENDENGARAN
9PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANMASALAH PENGLIHATAN
10MASALAH PEMBELAJARANPENDIDIKAN MORAL
11MASALAH PENDENGARANPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
12MASALAH PENGLIHATANPENGAJIAN MALAYSIA
13PENDIDIKAN MORALSAINS RUMAH TANGGA
14PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONALSAINS PERTANIAN
15PENGAJIAN MALAYSIASEJARAH
16SAINS RUMAH TANGGASENI
17SAINS PERTANIANTEKNOLOGI MAKLUMAT
18SENI
19SENI DAN SENI REKA
20TEKNOLOGI MAKLUMAT

Senarai Opsyen Sekolah Rendah

BIL.OPSYEN (SARAWAK)
1BAHASA CINA
2BAHASA INGGERIS
3MUZIK
4PEMULIHAN
5PENDIDIKAN ISLAM
6PENDIDIKAN JASMANI
7PENDIDIKAN SENI VISUAL
8PRA - SEKOLAH


Selamat memohon bah!

Sumber:
Web SPP