Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Pihak KPM akan mengelurkan Sijil  Matrikulasi bagi lepasan Program Matrikulusi mulai Sesi 2016/17. Sebelum ini, program pre-undergraduate yang mengeluarkan sijil hanya Tingkatan 6 (Prpgram Pra-universiti), iaitu Sijil STPM. sebelum ini, lepasan Program Matrikulasi hanya diberikan transkrip akademik. Dengan adanya sijil, lepasan program matrikulasi bukan sahaja boleh memohon melanjutkan pelajaran ke program undergradute, tetapi boleh memohon perkerjaan yang setara dengan STPM.





JITRA: Lulusan matrikulasi Kementerian Pendidikan akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi mulai tahun ini bagi memudahkan mereka memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat bagi memperluaskan pengiktirafan kepada program matrikulasi setelah mengambil kira pelbagai kecemerlangan yang dicapai pelajar di bawah program itu.


Pengumuman itu dibuat Mahdzir ketika berucap dalam majlis taklimat sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baru di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun hari ini. Bagaimanapun, katanya, keputusan itu hanya terpakai kepada lulusan matrikulasi bermula tahun ini manakala pengeluaran sijil akan dilakukan kementerian itu sendiri.


Mengenai proses pengiktirafan sijil berkenaan, kementerian akan membentangkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh terdekat,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dr Baiduriah Yaakob berkata, perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai pengiktirafan tersebut bermula sejak 2010.


“Sebelum ini memang tiada sijil khas (untuk lulusan matrikulasi), mereka hanya terus masuk ke universiti awam atau universiti luar negara. Ini kerana matrikulasi adalah tempat pelajar membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi,” katanya.


Justeru katanya, melalui pengiktirafan itu, kedudukan lulusan matrikulasi setaraf pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mereka boleh memohon pekerjaan dengan perkhidmatan awam dan swasta.


“Malah dari segi tangga gaji, lulusan matrikulasi sama dengan lulusan STPM,” katanya. Sehingga kini, terdapat 15 kolej matrikulasi di seluruh negara dan sejak 16 tahun lalu, seramai 300,000 graduan matrikulasi telah dilahirkan.


– BERNAMA