Aktiviti menarik di Santubong, Kuching
Damai Beach Resort, Teluk Bandung, Santubong
Pasal tempat penginapan, saya cadangkan Damai Beach Resort Santubong. Resort ini berhampiran dengan Teluk Bandung, Santubong. Damai Beach Resort berkonsepkan kampung nelayan. Bukan macam kampung nelayan di semenanjung tau, tapi resort ni ada offfer bilik penginapan seperti baruk, rumah tradisional suku kaum Bidayuh. Resort ni bertaraf 4 bintang dan yang bestnya resort ini terletak hanya 300 meter dari Pantai Damai. Korang boleh jalan kaki kalau nak ke pantai. Boleh la tengok matahari terbit, matahari terbenam dan bermain pasir di persisiran pantai. Nak mandi laut pun boleh. Selain itu, daripada tingkap bilik sahaja kita dapat melihat pemandangan hutan hujan khatulistiwa.
Damai Beach Resort berjarak 40 minit dengan pemanduan dari Bandar Kuching dan 50 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Bilik-bilik yang ditawarkan di sini sangat elegan. Setiap bilik dilengkapi dengan hiasan moden seperti tingkap-tingkap besar dan lukisan dinding yang artistik. Bilik di resort ini juga serba lengkap dengan perabot seperti TV , katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan tab mandi, dan banyak lagi. Korang juga boleh la menikmati urutan di spa yang disediakan dalam resort ni. Kolam renang pun ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi kalau tak nak berenang di laut, bolah la berenang di kolam renang sahaja.
Damai Beach Resort, mempunyai restoran yang bertaraf empat bintang iaitu Kafe Satang. Kafe ni merupakan kafe utama dalam resort ni. Antara makanan yang di sajikan di sini termasuklah makanan tempatan orang Sarawak dan western. Laksa Sarawak di kafe ni…perghhh! sedapp. Orang Sarawak cakap, nyamannn. Kuah laksa Sarawak di Kafe Satang pekat, pedas, secukup rasa dan rampaian seperti ayam dan udang yang banyak dan segar. Mesti cuba! Rasa Laksa Sarawak original. Kalau korang suka makan makanan bakar-bakar, di sini pon ade. Korang pilih jer nak pakej yang mana. Pakej steamboat ke pakej bbq?? Hahaha jangan pening yer, pilih semua je, seafood fresh. Udang galah, lopster, sotong dan lain-lain lagi.
Sampai sini jela aku nak cerita kat korang. Apa salahnya kalau kali ni korang pergi bercuti di Kuching, Sarawak pulak. Banyak tempat yang korang boleh lawati di sekitar Kuching. Makanan pun banyak sangat. Semua nyamannnn!! So korang jangan nak buang masa okay. Jom la book Damai Beach Resort at teluk secara online sekarang!!! Memang berbaloi dan akan menciptakan kenangan yang indah.