KIK : Kumpulan Inovasi dan Kreatif

Apakah KIK


KIK adalah Kumpulan inovasi dan kreatif. KIK dilaksanakan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

  1. Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
  2. Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
  3. Semangat bekerja secara berpasukan
  4. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif
  5. Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja
  6. Dorongan kerja yang tinggi
  7. Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara
  8. Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
  9. Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja.


Definasi Inovasi dan Kreativiti

Innovasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Contoh Inovasi:
♦ Sistem Penempatan Pelajar Praktikum Secara Atas Talian (OPSP) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), iaitu:
“Mengembangkan pangkalan data yang berstatus Intra-Net kepada ExtraNet bagi mempercepatkan proses penempatan pelajar secara atas talian dan meminimumkan penggunaan kertas (paperless) yang menjimatkan masa dan kos”.

Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewu jud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

♦ Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
♦ Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
♦ Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Contoh Kreativiti:
♦ Perkakas untuk Memasang dan Membuka Bunting atau Bendera Pada Tiang Lampu dan seumpamanya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), iaitu:
“Mencipta alat baru bagi memudah dan mempercepatkan proses memasang dan membuka bunting atau bendera pada tiang-tiang lampu tanpa menggunakan kaedah konvensional seperti tangga atau skylift”.

Bidang, Kategori dan Tahap Keberhasilan KIK



Bidang inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi. 


Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi penyampaian 15 perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:
  • Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi; 
  • Budaya Kerja; 
  • Kewangan dan Aset;
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Pengurusan Sumber Manusia;
  • Pengurusan Projek Pembangunan; 
  • Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Faedah KIK

Antara faedah KIK kepada organisasi

• Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru
• Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
• Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja
• Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan
• Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi
• Meningkatkan daya saing organisasi
• Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan


Antara faedah KIK kepada Perkhidmatan Awam

• Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan
• Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan
• Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
• Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders
• Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam


Pendekatan KIK

Pendekatan yang digunakan oleh KIK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja ialah mengikut Kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Act) atau P.D.C.A. Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam Kitaran P.D.C.A. adalah seperti di Rajah 1.



Rujukan:

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2016: Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
muat turun ]

Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2009.
muat turun ]


Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2016 dikeluarkan bagi menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dikeluarkan pada 1 November 2009.