Dunia berubah, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kelajuan dan kadar perubahan meningkat secara drastik setiap tahun. Jika dibandingkan dengan revolusi perindustrian, sekarang kita berada dalam Revolusi Perindustrian Keempat, RI4.0. Revolusi industri boleh diringkaskan seperti berikut.

Revolusi Perindustrian Pertama: 

Industri menggunakan sistem mekanik, tenanga air dan tenaga wap. Contohnya zaman keretapi wap.

Revolusi Perindustrian Kedua: 

Industri pembuatan pukal berkembang, dan tenaga elektrik digunakan. Mesin dan pekerja kilang banyak digunakan. Contohnya zaman awal pembuatan kereta.

Revolusi Perindustrian Ketiga: 

Industri menggunakan komputer dan mesin automatik.

Revolusi Perindustrian Keempat: 

Industri berasaskan sistem-siber-fizikal. Sistem-siber-fizikal adalah teknologi automasi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Antara ciri-ciri Revolusi Industri 4.0 adalah seperti berikut:
(i) Robotik(Autonomous robot)
(ii) Sistem terintergrasi
(iii) Internet of things (IoT)
(iv) Stimulasi
(v) Additive manufacturing
(vi) Pengkomputeran awan (Cloud computing)
(vii) Realiti maya (Augmented reality)
(ix) Big data
(x) Cybersecurity


Sebagai contoh, big data adalah istilah yang digunakan untuk menerengkan perolehan data yang terlalu banyak. Big data perlu mudah dianalisis untuk membuat keputusan yang lebih baik. Antara ciri-ciri big data adalah 3V (Volume, Velocity, Variety).




Antara 10 kemahiran teratas yang dikehendaki oleh majikan seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah keupayaan seseorang menyelesaikan masalah kompleks, berfikir secara kritis, kreatif, menguruskan manusia, kecerdasan emosi, membuat keputusan serta berunding.


Perlu guna robot dalam kelas ke, baru seiring dengan Revolusi Industri 4.0? Tidak!

Tugas guru dan sistem pendidikan adalah untuk menyediakan pekerja yang competent dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. Bakal pekerja ini (iaitu pelajar kita) mempunyai peluang pekerjaan yang banyak, tetapi sifat kerjaya mereka berubah. Zaman tok nenek dulu tak ada internet dan komputer manakala pelajar kita nanti, kerjaya mereka menggunakan teknologi tinggi, dan teknologi itu terinovasi dengan cepat.  Jika dulu, model (arca) diukir menggunakan kayu dan dilekuk menggunakan bei oleh tenaga manusia, sekarang model (arca) dicetak menggunakan 3D printer yang 100% menggunakan coding komputer.

Mata Pelajaran RBT dan ASK 

Antara insentif pihak KPM untuk menyediakan pelajar ke arah revolusi perindustrian 4.0 adalah dengan menggantikan subjek Kemahiran Hidup dengan Reka Bentuk Teknologi (ASK) serta menggantikan mata subjek ICTL dengan Asas Sains Komputer (ASK). Perubahan ini adalah seiring dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diguna pakai mulai tahun 2017. Subjek RBT mempunyai empat domain iaitu apresiasi reka bentuk, aplikasi teknoologi, pembuatan produk dan penilaian reka bentuk produk. Subjek ASK pula dibahagikan kepada empat bidang iaitu konsep asas aemikiran komputasional, perwakilan data, algoritma dan kod arahan.

Pusat STEM Negara


Selain daripada subjek RBT dan ASK, KPM meningkatkan promosi pendidikan STEM dalam kalangan pelajar. Contohnya dengan menubuhkan Pusat STEM Negara. Bajet 2018 memperuntukkan 25 juta untuk membangunkan Pusat STEM Kebangsaan. Pusat STEM Kebangsaan ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian MOSTI dan Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan minat terhadap STEM. Pelbagai aktiviti lain juga dilaksanakan dengan gabungan MOSTI dan agensi swasta seperti Minggu Sains Negara.

ICSTEM


Malah, ICSTEM (International Conference on STEM) dijalankan untuk memartabatkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan STEM. Guru-guru diberi peluang untuk membentangkan kertas penyelidikan dan kajian tindakan yang berkaitan dengan STEM.


Education 4.0 in response to Industrial Revolution 4.0? Sebagai seorang guru apakah yang harus dilakukan sebenarnya? 

Tak kira subjek sains, sejarah, pendidikan Islam, ataupun subjek pendidikan seni, kita seharusnya membuka dan mengintergrasikan PdPc kita, seperti melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Sains tidak boleh dihadkan ke makmal sains sahaja. ICT tidak boleh dikurung di dalam ke makmal komputer, sejarah dan geografi tidak boleh terus bergantung hanya pada "papan tulis".

Pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator. Selain itu, pelajar haruslah diberi peluang dan ruang untuk meneroka teknologi baharu. PdPc menggunakan aplikasi mobile seperti Kod QR, Aurasma (realiti maya), printer 3D, kuiz online, stimulasi, animasi, mobile games dan sebagainya. Malah, PdPc  haruslah mementingkan kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PA21) dan kehamiran berfikir aras tinggi (KBAT).





rujukan:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/10/2017/07/304215/stem-penuhi-impian-jadi-negara-pencipta



Post a Comment