Kemahiran fleksibiliti kognitif merupakan salah satu daripada kemahiran yang diperlukan pada tahun 2020. Selain kemahiran fleksibiliti kognitif, sepuluh kemahiran yang perlu ada pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

Kemahiran menyelesaikan masalah kompleks, pemikiran kritikal, kreatif, kemahiran menggurusan insan, kemahiran penyelarasan dengan pelbagai pihak, kebijaksanaan emosi, kemahiran menilai dan membuat keputusan, kemahiran berorientasi servis dan kemahiran fleksibiliti kognitif.




Fleksibiliti kognitif adalah keupayaan untuk mengubah pemikiran kita dan menyesuaikan tingkah laku kita kepada persekitaran yang berubah-ubah. Dengan kata lain, ia adalah satu keupayaan untuk melepaskan diri dari tugas sebelumnya dan bertindak balas dengan berkesan kepada yang baru. Dengan kata lain, fleksibiliti kognitif ialah kemahiran untuk menyusun semula pengetahuan seseorang secara spontan, dalam pelbagai cara, dalam tindak balas penyesuaian untuk mengubah keadaan secara pantas.


Fleksibiliti kognitif merupakan kemahiran yang penting kerana ia menggabungkan banyak pihak. Berikut adalah beberapa idea dan strategi  untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran fleksibiliti kognitif:


  1. Merekabentuk pelbagai aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat menunjukkan kefahaman dalam cara yang kreatif dan tidak konvensional.
  2. Mengalakkan pelajar untuk mengenal pasti masalah dan kemudian tentukan penyelesaian yang boleh dilaksanakan di makerspace.
  3. Membenarkan pelajar meneroka topik yang diminati dalam OpenCourseware dan kemudian menunjukkan apa yang mereka pelajari dengan cara yang tidak tradisional (lihat IOCS).
  4. Melaksanakan peluang personalize learning di mana pelajar berfikir secara kritis, meneroka secara terbuka, dan kemudian menggunakan idea intuitif mereka sendiri untuk belajar dengan cara yang berkuasa.
  5. Melibatkan pelajar dalam situasi dunia nyata di mana mereka menggunakan pengetahuan mereka untuk menangani masalah yang mempunyai lebih daripada satu penyelesaian.
  6. Sediakan peluang untuk pelajar memindahkan pengetahuan mereka kepada konteks baru.


Post a Comment