Kenangan Kejohanan Olahraga SMK Clifford ke-81 Tahun 2009

Khamis lalu, (5 April 2009) sekolah saya mengadakan Hari Sukan. Banyak yang ganjil tahun ini. Tarikhnya lewat, padangnya lebih kecil, astakanya berganti kanopi dan yang paling ganjil, acaranya tidak dapat dihabiskan...

Sukan kami diadakan pada sebelah petang. Sebelum acara bermula, gerimis dah pun turun tapi sebentar sahaja. Bermula dengan acara perasmian hinggalah persembahan pancaragam semasa waktu rehat, cuaca sangat memberangsangkan...cerah tapi tidak terik.


Tapi, tiba-tiba, hujan turun dengan lebat, kilat dan guruh silih berganti dan ribut pun bertambah garang. Kanopi kami tak dapat menahan kekuatan ribut, dan sound sistem kami rosak disebabkan hujan. Padang, ohhh dah pun dibanjiri air...pelajar, kesian mereka, terpaksa bermain dengan hujan.

Sukan ditangguhkan pada hari isnin. Masih ada lapan acara yang perlu diselesaikan. Sukan tahun ini, memang akan dikenang.