Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Sekolah perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. TN50 telah diluluskan pada tahun 2015. Pada tahun 2016, latihan TN50 diberikan kepada 100 buah sekolah, serta pensyarah IAB, pegawai JPN, PPD, pengetua, guru besar dan penolong kanan (PGB). Tahun 2017, latihan diberikan kepada SISC+ dan SIP+, PPD, JPN dan PGB. Menjelang tahun 2019, 1200 buah sekolah melaksanakan TN50.



TS25 adalah satu usaha kearah melahirkan modal insan unggul (pelajar) melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  4. Komitmen komuniti yang padu

Objektif TS25 ialah:
  1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPC terbaik 
  2. Membangunkan kepakaran dalam melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan 
  3. Membangunkan persekitaran pembelajaran berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid


Program Transformasi Sekolah  2025 (TS25) mengandungi 6 modul bagi siri TS 25 1.0, dan 5 Modul bagi siri TS25 2.0.