Transformasi Nasional 2050 (TN50). adalah kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan Wawasan 2020 (1991-2020). Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi 20 negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.


Untuk menjadi 20 negara teratas dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi, dua cabaran pendidikan yang perlu diselesaikan. Pertama, memastikan pendidikan diiktiraf diperingkat global dan yang kedua adalah melalui pendidikan dapat menciptakan peluang pekerjaan baharu.

Tiga Aspirasi Belia TN50

1. Sistem pendidikan yang memaksimakan potensi individu
2. Rakyat Malaysia daripada semua latar belakang belajar bersama
3. Ekosistem pendidikan yang anjal

Aspirasi Belia TN50: Pertama

(i) Sistem pendidikan yang memenuhi keperluan ekonomi

  • Teras sukatan pelajaran membina kemahiran yang diperlukan bagi abad ke-21
  • Pembelajaran yang bukan hanya berteraskan fakta tetapi juga berasaskan projek berbilang disiplin
  • Sistem pendidikan yang mampu menjangka dan menyesuai kepada permintaan pasaran. Lebih banyak peluang perantisan
  • Akses yang meluas untuk pembelajaran sepanjang hayat


(ii) Sistem pendidikan yang memenuhi keperluan masyarakat

  • Projek perkhidmatan komuniti adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran bagi memupuk nilai-nilai kemasyarakatan
  • Sekolah kebangsaan menyediakan mutu pendidikan bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda yang cemerlang


(iii) Sistem pendidikan yang memenuhi keperluan individu

  • Selain daripada penguasaan kemahiran asas, pelajar juga mampu mengasah minat dan kekuatan masing-masing
  • Kaedah penilaian direka bentuk ke arah menambahbaik prestasi individu
  • Lebih fleksibiliti untuk bertukar antara aliran akademik dan vokasional
  • Pembelajaran tidak formal seperti kursus dalam talian juga diiktiraf


Aspirasi Belia TN50: Kedua

(i) Sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan

  • Piawaian mutu yang tinggi dikuatkuasakan di semua sekolah
  • Sistem pendidikan dengan pembelajaran pelbagai bahasa, bersama pengajian agama dan budaya yang mantap bagi setiap kumpulan
  • Kaedah pengajaran yang inovatif serta kemudahan-kemudahan moden di sekolah-sekolah kebangsaan


(ii) Pendidikan mampu diperoleh di setiap peringkat

  • Pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah
  • Pendidikan awal kanak-kanak serta pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Harga pendidikan pasca menengah dan pengajian tinggi berpatutan


Aspirasi Belia TN50: Ketiga

(i) Sistem yang kolaboratif dan dinyahpusat

  • Sekolah mempunyai autonomi dalam pengurusan belanjawan, pengambilan dan pemecatan guru serta pendekatan pengajaran
  • Ketua-ketua sekolah adalah bertanggungjawab atas pencapaian murid dan prestasi sekolah
  • Penglibatan berkesan dari komuniti setempat dan sektor swasta, terutamanya dalam mentranformasikan sekolah berprestasi rendah
  • Pengemaskinian kurikulum kebangsaan merupakan satu proses yang terbuka dan telus


(ii) Bilik darjah dan pengajaran yang dipacu teknologi

  • Tiada lagi buku teks berasaskan kertas!
  • Pembelajaran disokong teknologi menarik dan terkini seperti realiti maya (augmented reality)
  • Pembelajaran tidak terhad pada bilik darjah sahaja. Penyelidikan dalam talian menjadi sebahagian besar dari kerja sekolah
  • Guru-guru cemerlang yang diiktiraf ‘Guru Pakar’ mengajar murid seluruh negara menerusi platform digital


(iii) Perguruan adalah profesion yang dihormati dan diberi ganjaran sewajarnya

  • Gaji, sistem latihan dan laluan kerjaya perguruan adalah cemerlang , menarik minat bakat-bakat terbaik
  • Para guru diiktiraf sebagai profesional seperti doktor dan arkitek. Akreditasi guru diuruskan oleh sebuah badan profesional bebas
  • Para guru mempunyai autonomi untuk mengadaptasi pendekatan pengajaran yang sesuai untuk pelajar
  • Pengambilan guru terbuka kepada mereka yang berada di pertengahan kerjaya dan juga profesional yang telah bersara



Post a Comment