Profesional Learning Community (PLC) adalah satu platform bagi para pendidik berkongsi amalan PdPc terbaik. Tema PLC pada tahun ini adalah Proses Pembelajaran dalam Ekosistem Digital. Setiap kumpulan PLC terdiri daripada lima orang ahli dan saya bersama-sama rakan pensyarah baharu Unit Kimia telah menubuhkan kumpulan PLC Newcomerz. Kami telah memilih kritikan video sebagai alat kolaboratif dan menggunakan Quizizz semasa proses pengajaran yang dirakamkan sebagai video. 

Mini Konvensyen PLC peringkat kolej telah diadakan pada 4 September 2020. Tujuan mini konvensyen ini adalah sebagai platform kepada semua kumpulan PLC kolej untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dijalankan. 

PLC Kritikan Video

Alhamudillah, kami sangat bertuah kerana laporan PLC kumpulan kami telah terpilih sebagai laporan PLC terbaik di peringkat kolej dan terpilih mewakili kolej ke peringkat Bahagian Matrikulasi. PLC peringkat BMKPM akan dijalankan secara webminar pada hujung tahun 2020.




Post a Comment