Penilaian MDW KMPK


Pada 18-20 Februari 2020, Bengkel Pembelajaran Abad-21 telah dijalankan seiring dengan Fasa 1 Matriculation Digital Wave. Bengkel ini melibatkan pensyarah bagi setiap unit dari Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Penceramah adalah Cikgu Aman dan Cikgu Azrul. Antara pengisian bengkel ini adalah penggunaan aplikasi Microsoft365 seperti Teams, Sway, Whiteboard, OneNotes dan Forms. Peserta bengkel bertindak sebagai mentor bagi unit masing-masing dan mereka telah membuat in-house training bagi unit masing masing.


Penilaian MDW Fasa 1 adalah satu platform bagi para pensyarah berkongsi hasil bahan PdP yang dihasilkan setelah menyertai bengkel tersebut. Setiap unit membentangan bahan PdP yang dihasilkan di hadapan panel penilai yang terdiri daripada Jurulatih Utama Digital Classroom dan Pegawai BMKPM. Penilaian MDW Fasa 1 ini dijalankan pada 17 Julai 2020 dan saya berkesempatan menimba pengalaman sebagai salah seorang daripada panel penilai.

Post a Comment