Padlet: Panduan Untuk Pelajar Upload Tugasan

Padlet adalah salah satu  aplikasi PdPc yang banyak digunakan oleh cikgu dan pensyarah. Aplikasi Padlet digunakan untuk menghantar tugasan ataupun sebagai medium perbincangan dalam talian. Jadi bagaimana pelajar nak turut serta dalam padlet yang guru sediakan?

Pertama, sign up dulu. Jika ada email moe-dl (Delima) sila guna email Delima. Untuk sign up, sila klik link referral yang guru sediakan atau klik sahaja link referral di bawah.

https://padlet.com/referrals/FarahiyahOmar

Setelah sing in/log in, barulah join a padlet. Copy paste link kelas yang diberikan oleh guru anda dalam ruangan yang disediakan. 


Kadang-kadang, padlet yang diberikan oleh guru tidak memerlukan pelajar tidak perlu log in ke padlet. jadi, pelajar hanya perlu copy paste link yang guru berikan dalam web browser seperti google chrome.

Seletah join padlet, bolehlah tekan tanda (+) di bahagian bawah untuk menghantar tugasan yang diberikan.