Quizizz Live: Pengalaman Menggunakan Fungsi Teams


Fungsi menjawab kuiz secara berkumpulan dalam Quizizz Live telah ada sejak tahun 2020 tapi saya baru tahu dan pertama kali menggunakan pada Ogos 2021. Fungsi teams ini hanya terdapat dalam Quizizz Live, tiada dalam Quizizz Homework. Berikut adalah pengalaman dan pandangan peribadi saya kali semasa kali pertama menggunakan fungsi Teams.

  • Guru atau pelajar tidak dapat menentukan kumpulan mereka. Agihan kumpulan adalah automatik oleh pelantar Quizizz. Saya agak hampa kerana pelajar saya telah ada kumpulan mereka tersendiri.
Quizizz

  • Ahli bagi setiap kumpulan dipaparkan sebelum kuiz bermula, tetapi tak dapat dikenalpasti semasa kuiz berlangsung. maksudnya guru kena ingat pelajar mereka dalam kumpulan mana.
  • Semasa kuiz live bermula, leaderboard hanya menunjukkan ranking berdasarkan kumpulan. tiada ranking individu.



  • Analisis setiap item soalan dapat dilihat semasa live.
  • Tapi score individu hanya dapat disemak selepas tamat sesi kuiz live.
  • Semasa Live, saya tak dapat menggesan seorang pelajar saya tidak menjawab quizizz dengan lengkap kerana Leaderboard hanya menunjukkan markah kumpulan sahaja.
Secara keseluruhannya, saya lebih suka kepada ciri Classic untuk Quizizz Live.