Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah kerana datang ke sini. Satu confident, yang datang ke sini adalah pelajar yang nak belajar Kimia dan berusaha untuk dapat A dalam PSPM. Anda, sudah selangkah menghampiri kejayaan.

PSPM semester ini terdapat 30 soalan objektif, tapi banyak calculation dan beberapa soalan harus pilih penyataan terbaik. Satu soalan calculation mungkin akan melibatkan dua tiga formula dan penggiraan yang panjang, jadi practice akan dapat bantu anda untuk memahami soalan dan menjawab dengan pantas.

Saya sediakan dua set perbincangan soalan Pre-PSPM untuk semester 1 sesi 2021/2022. Video ringkas sahaja, dengan penerangan yang pendek. Tujuannya untuk bantu pelajar ulangkaji lebih pantas dan dapat biasakan diri dengan format peperiksaan untuk semester ini.  Terdapat beberapa soalan yang saya tak terangkan dengan terperinci, tapi saya harap anda ada idea untuk menyelesaikan soalan tersebut. Rujuk buku dan bincang dengan rakan-rakan. 

P/S: Sila abaikan tulisan tangan saya tu ya. 😉Saya sangat hargai, jika anda dapat like semua video perbincangan serta follow and subscribe youtube chanel saya. Terima kasih.


Pre-PSPM SK015 KMPK Set 2

   


Pre-PSPM SK015 KMK Set 2

 

Tulislah formula, constants (R, h, c, RH), molecular geometry, bond angle, hybridisation, jenis-jenis acid bases, pH jump dalam kertas untuk anda hafal dalam sekeping hafal. Nanti, sebelum masuk exam hall, boleh rujuk kertas itu. 

Percayalah, dengan usaha yang cukup, semua orang boleh dapat A dalam PSPM. Doa-lah, agar semasa exam, anda sihat dan dapat fokus pada exam. Doa-lah, soalan yang ditanya itu lah soalan yang akan boleh jawab dengan betul dan mohonlah agar tidak careless semasa exam nanti. Best of luck everyone. 

Jangan lupa, like, subscribe dan follow youtube chanel saya.

Post a Comment