PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (Tahun 2022)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0  (Tahun 2022)



PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) bagi tahun 2022.

Tujuan: 
  1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun Satu. 
  2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya. 
  3. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. 
  4. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. membantu murid mengurus diri sendiri. 
  5. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya. 

Jangkamasa:

Pelaksanaan PTTS 2.0 Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.

Pelaksanaan PTTS 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan

 2.1 Fasa Penyesuaian 

  • Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. 
  • Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat. 
  • Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A). 

2.2 Fasa Kesediaan 

  • Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. 
  • Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A). 
  • Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. 
  • Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru. 
  • Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.

 


Klik untuk muat turun. 

Semoga Program Transisi Murid Tahun 1 2022 dapat dijalankan dengan lancar.