Pendaftaran Program Matrikulasi KPM

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 dibuka pada 15 Mac-15 April 2022. Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035

Pendaftaran program matrikulasi


Program Matrikulasi KPM menawarkan empat jurusan iaitu: 

  1. Jurusan Sains: 
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan 
  4. Jurusan Perakaunan Profesional 

Jurusan Sains

  1. Tiga aliran: Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Komputer
  2. Ditawarkan di semua kolej matrikulasi KPM kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.
  3. Syarat kelayakan minimum: Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut: 
    • C Bahasa Melayu 
    • C Bahasa Inggeris 
    • B Matematik 
    • C Matematik Tambahan 
    • C Kimia 
    • C Fizik atau Biologi 
    • Lulus Sejarah 

Jurusan Kejuruteraan 

  1. Empat aliran: Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik  dan Kejuruteraan Mekanikal 
  2. Ditawarkan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dan  Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
  3. Syarat kelayakan minimum: 
    • C Bahasa Melayu 
    • C Bahasa Inggeris 
    • B Matematik 
    • C Matematik Tambahan 
    • C Fizik 
    • C dalam satu daripada mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Lulus Kimia Lulus Sejarah 

Jurusan Perakaunan 

  1. Ditawarkan di semua kolej matrikulasi KPM kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Sarawak dan Kolej MARA Kulim.
  2. Syarat kelayakan minimum: 
    • C Bahasa Melayu 
    • C Bahasa Inggeris 
    • C Matematik 
    • C dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Lulus Sejarah 
    • Matematik tambahan tidak perlu

Jurusan Perakaunan Profesional 

  1. Hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor.
  2. Syarat kelayakan minimum: 
    1. C Bahasa Melayu 
    2. A- Bahasa Inggeris 
    3. A Matematik 
    4. C Matematik Tambahan 
    5. A dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Lulus Sejarah  

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut: 

  1. iPenilaian Berterusan (PB) – tugasan individu/kumpulan, laporan amali, esei, pembentangan, ujian praktikal, forum dan lain-lain. 
  2. Ujian Penilaian Sumatif (UPS). 
  3. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). 
Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

Yuran dan Elaun 

  • Hanya yuran pendaftaran sahaja yang dikenakan. Tiada yuran lain yang dikenakan. 
  • Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester

Tarikh Penting Permohonan Program Matrikulasi:

  • Kemaskini Permohonan/baharu (Jun 2022) 
  • Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (Julai 2022). 
  • Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (Julai 2022). 
  • Keputusan(Julai 2022). 
  • Semakan tawaran fasa 2(Ogos 2022)