Struktur Data Blog

Salah satu azam saya tahun 2022, saya nak susun bahan PdP saya dalam blog. Yes, blog. Saya ambil keputusan kekal menggunakan blogger walaupun ramai guru yang susun bahan PdP menggunakan Google Sites dan Wakelet. Saya tulis blog sejak saya mula posting pada tahun 2007, dan domain farahiyah.com wujud sejak tahun 2020. Sehingga hari ini (9/3/2021) jumlah penggunjung adalah 3 235 402.

Bagi separuh pertama, Semester 2 Sesi 2021/2022, alhamdulillah, capaian ke blog ini amat memberangsangkan. Dalam masa tiga bulan, jumlah viewer telah melebihi 30 ribu.

statistik blog farahiyah.com

Daripada statistik, kebanyakkan pelajar melawati blog ini untuk merujuk bahan-bahan amali, memuat turun bahan PdP dan menjawab Quizizz. Memang nampak penggurangan penggunjung blog semasa cuti matrikulasi.

Struktur Data Blog: https://search.google.com/structured-data/testing-tool/u/0/ 

Setakat ini, struktur data blog dalam keadaan baik, tapi rich result test terdapat empat warning. Maksudnya, blog saya masih lagi belum mersa Google Search.