Kurikulum Tersedia Masa Hadapan

Bagi pengajuran KONPPI 3 tahun 2023, Bahagian Matrikulasi menetapkan tema Kurikulum Bersepadu Masa Hadapan (Future Ready Curriculum). Tema ini sesuatu yang baharu untuk saya. Saya search dalam bahasa melayu, tapi tak banyak info, dalam English, banyak. Di Malaysia, Kurikulum Tersedia Masa Hadapan ini digunakan sebagai kerangka kursus di universiti awam.

Berikut adalah kesimpulan daripada hasil carian saya tentang Kurikulum Bersepadu Masa Hadapan.

Kurikulum Tersedia Masa Hadapan

Tujuan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum) adalah bagi melahirkan pelajar yang adaptif terhadap keperluan masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21. Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan terdiri daripada 3 elemen utama iaitu:

  • Elemen 1 : Struktur Kurikulum Boleh Lentur dan Organik (Fluid and Organic Curriculum Structure) 
  • Elemen 2 : Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran Transformatif (Transformative Teaching and Learning Delivery) 
  • Elemen 3 : Pentaksiran Alternatif (Alternative Assessment) 


Element 2: Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran Transformatif (Transformative Teaching and Learning Delivery) 

Elemen ini merujuk kepada penyampaian abad ke-21 menerusi ruang pembelajaran dengan penggunaan teknologi terkini bagi mewujudkan pembelajaran imersif dan bermakna kepada pelajar. Sub elemen yang terkandung di bawah elemen ini ialah: 

  • Ruang pembelajaran yang futuristik dan berteknologi 4.0 
  • Pembelajaran berasaskan pengalaman secara mendalam (Heutagogy, Paragogy, Cybergogy)

Heutagogi (heutogogy)

Heutagogy ini merupakan strategi mendidik pelajar yang mendorong mereka melaksanakan pembelajaran kendiri. Pelajar memperoleh panduan dan sumber pembelajaran daripada pensyarah tetapi mereka sendiri yang mengambil tanggungjawab dalam proses pembelajaran iaitu dengan menentukan apa yang perlu dipelajari dan bagaimana ia harus dipelajari. 

Paragogi (peeragogy) 

Peeragogy ini adalah strategi pendidikan yang membiasakan pelajar berinteraksi dan berkolaborasi  bersama-sama. 

Sibergogi (cybergogy)

Cybergogy ini merupakan strategi pendidikan yang mengalakkan pelajar terlibat dalam lingkungan belajar secara dalam talian. Sibergogi (cybergogy) boleh melibatkan  pembelajaran segerak (synchronous) atau tak segerak (asynchronous).

https://coggle.it/diagram/X2B1cm89oS5VGFZq/t/pendekatan-pembelajaran