Cara Minum Cuka Epal

Cara minum cuka epal

Saya selalu dengar orang kata cuka epal boleh bantu menggurangkan berat badan. Tapi kali ni baru saya nak cuba. Blog kali ini, saya nak simpan maklumat penting yang saya jumpa tentang cuka epal. Semoga maklumat-maklumat ini membantu pengguna beginner macam saya ni untuk minum cuka epal dengan cara yang betul.


 'Mother' Apple Cider Vinegar.

Cuka epal ada banyak jenis. Tapi, yang terbaik adalah yang tertulis perkataan 'mother' kerana cuka ini masih raw-unfiltered. Antara brand mother apple cider vinegar adalah brand "Bragg'. Saya beli cuka jenama ini di Lazada pada harga RM19.63 (Julai 2023) Isipadu sebotol adalah 473mL.


Minum dua kali sehari.

Satu sudu cuka epal dicampurkan dengan secawan air kosong/ Minum dua kali sehari sebelum makan. Sebaiknya sebelum sarapan dan sebelum tidur. Daripada bacaan saya, minum cuka epal sebelum makan membantu perut cepat kenyang dan lambat lapar.


Cara minum alternatif

Cuka epal boleh juga dicampurkan bersama madu, pati delima atau lemon dan seterusnya dicairkan dengan secawan air kosong. Ada tips yang cadangan untuk campurkan sesudu cuka epal, sesudu pati delima dan sesudu madu dalam secawan air. Minum selepas bangun tidur.

Jangan minum cuka epal terus daripada botol. Satu sudu cuka perlu dicairkan dengan secawan air. ( >180mL air) kerana cuka pekat mempunyai sifat menghakis dan tidak baik untuk gigi.


Semasa post ini ditulis, 30 Julai 2023 saya baru lima hari minum cuka. Saya beli brand Bragg. Daripada pengalaman saya, minum cuka ini memang sangat membantu proses perlawasan.