Jamuan Hari Raya 5PP

Sebelum Aidilfitri melabuhkan tirai, saya kongsikan gambar-gambar kemeriahan Jamuan Hari Raya Kelas 5PP.  Jamuan hari raya ni dibuat pada 24 Ogos 2013, iaitu hari Sabtu sekolah ganti. Motif pihak sekolah membuat jamuan hari raya pada hari Sabtu adalah untuk mengalakkan pelajar datang ke sekolah.  Al-maklum, ramai pelajar ponteng semasa sekolah ganti.


Menu utama jamuan hari raya 5PP tahun ini adalah nasi ayam, lemang dan rendang tok. Ada juga menu sampingan yang dibawa oleh murid-murid dari rumah. Saya tak pasti sangat menu jamuan sebab semasa jamuan ini, saya mengiringi pelajar ke Pertandingan Robotik Kebangsaan di Tanjung Malim. Tapi yang saya tahu, ramai cikgu-cikgu yang komen, nasi ayam, sangat sedap. Lemang dan redang tok disponsor oleh gerai lemang dan ketupat yang terdapat di R&R Sg. Perak dan Tapah.





              


 

 Inilah murid-murid 5PP saya.
Tengok la mereka bergambar, macam-macam gaya.
Macam-macam ragam semasa belajar jugak.


Photobucket