Imbasan Semester 1 Sesi 2020/2021

Semester 1 2020/2021 bermula dengan istimewa apabila pembukaan semester terpaksa dijadualkan semula akibat wabak Covid-19. Sebelum pembukaan Semester 1, telah dijalankan Minggu Profesionalisma Pensyarah selama sebulan. Pendaftaran pelajar baharu yang biasanya mengambil masa sehari telah dipanjangkan ke seminggu bagi mengelakkan kesesakkan. Pembelajaran sepanjang semester pula terbahagi kepada dua mod, iaitu bersemuka dan secara maya. Format pentaksiran berterusan dan peperiksaan akhir semester juga disesuaikan dengan keadaan semasa. 

Semester ini, saya mengajar tiga kelas tutorial (M7T34, M8T36 dan B2T7) serta empat kelas praktikum (F3T14, M6T29, M3T14 dan B4T16) dan satu Kumpulan Mepro M1T4a.

Semester 1 2020/2021


MINGGU PROFESIONALISMA PENSYARAH

Antara aktiviti utama  Minggu Profesionalisma Pensyarah adalah Bengkel Google Classroom dan Video anjuran Jawatankuasa Akademik, Penilaian Matriculation Digital Wave Fasa Pertama, Bengkel Matriculation Digital Wave Fasa ketiga dan penghasilan video kandungan PdP untuk semester 1 Sesi 2020/2021. Selain itu gotong royong perdana untuk norma baharu juga dijalankan.

MINGGU AKADEMIK 1-9

Google Meet, YouTube, google classroom, google form dan quizizz adalah dia aplikasi yang paling banyak saya gunakan untuk PdP semester ini. Kebanyakkannya saya gunakan untuk semasa PdP maya.

Selain daripada PdP, antara program profesionalismo pensyarah yang saya terlibat adalah:
30 September - 2 Oktober 2020: Bengkel Pelaporan MDW

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


Sebelum cuti pertengahan semester bermula, pelajar risau mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing akibat peningkatan kes Covid-19. Kerisauan pelajar ini mendapat liputan daripada media massa. Tapi, alhamdulillah, pelajar dibenarkan pulang ke rumah uituk cuti pertengahan semester kecuali pelajar yang berasal daripada zon merah. 

Semasa pertengahan cuti semester, Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, KL dan Putrajaya dari 14-27 Oktober 2020. Maka, tarikh baharu pelajar pulang ke kampus diberikan. Pelajar dari KMS akan pulang pada 28 oktober 2020 manakala kolej lain, pelajar akan pulang pada 24 dan 25 Oktober 2020. Pelajar yang terlibat dengan PKPB bagi semur kolej akan pulang pada 28 Oktober 2020. Kemudian, Tarikh pulang ke kampus dilanjutkan ke 30 Now kerana kes wabak Covid-19 masih lagi tinggi.


MINGGU AKADEMIK 10-18


Disebabkan penangguhan pelajar pulang ke kampus, PdP minggu 10 dilaksanakan dalam talian sepenuhnya. PdP saya mostly menggunakan Google Classroom, Google Meet dan Quizizz. Aplikasi lain yang saya guna adalah Google Jamboard dan Padlet. 

Disebabkan PdP dijalankan sepenuhnya, Jawatankuasa Digital Classroom menganjuran dua bengkel Amalan Terbaik PdP online untuk para pensyarah. Bengkel pertama pada Minggu ke-11 (30 okt) maniakaal bengkel kedua pada Minggu 12 (5 Nov). Bengkel ini juga dijalankan sepenuhnya dalam talan menggunakan Google Meet dan Youtube.

Ujian MUET speaking juga ditunda dua kali. Tundaan pertama pada 2-10 November 2020.

MINGGU ULANGKAJI


Minggu ulangkaji semester ini juga berbeza dengan semester yang lain. Pada kebiasaanya, cuma seminggu, tapi semester ini, study week selama dua minggu.

MINGGU PEPERIKSAAN


Format pentaksiran semester ini berlainan berbanding semester terdahulu. Bagi Kimia, 60% adalah pentaksiran bertecusan manakala 40% adalah peperiksaan akhir.